
lola.fadeela
5 tahun
Bekerja di tempat berisiko covid-19 dan berhubung dgn orang awam
Hi. Sy salah seorang pekerja perubatan di sektor awam dan juga sedang hamil. Setiap hari sy berhubung rapat dgn penderma darah yg datang menderma darah, yg mana sy tidak tahu jika mereka berisiko positif covid-19. Adakah boleh sy membuat ujian pengesanan covid-19 tanpa sebarang simptom? Jika boleh, dimana boleh sy dapatkan ujian pengesanan tersebut?

5 tahun
Salam sejahtera.
Saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan COVID19. Kebiasaannya, ujian itu hanya akan dijalani oleh sesiapa yang disyaki mengalami gejala dan COVID19. Bagi kes anda, anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori seperti berikut:
Risiko sederhana rendah: Anda perlu menjalani kuarantin kendiri sekurang-kurangnya 14 hari. Ada juga perlu untuk memantau perkembangan kesihatan badan anda seperti suhu badan dan mengawasi sebarang simptom COVID-19 seperti batuk, kesukaran bernafas dan demam.
Risiko sederhana : Anda digalakkan untuk pergi ke hospital ataupun klinik bedekatan untuk melakukan pemeriksaan khas bagi COVID-19.
Risiko tinggi: Anda perlu untuk pergi ke fasiliti kesihatan dengan kadar segera. Sekiranya anda didapati positif COVID-19, anda akan dirujuk kepada hospital khas dan mendapatkan rawatan lanjut. Anda juga akan dikuarantin di fasilit kesihatan tersebut untuk tujuan pemantauan.
Bagi mengelakkan risiko jangkitan, berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) Anda boleh bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini