Sulit
6 tahun
Bekerja dibhagian pusat kuarantin
Doctor saya nak tanya saya bekerja dibhagian pusat kuarantin sebagai pengawal Keselamatan… Adakh risiko saya besar utk di jangkit? Dan adakah orang2 yg berada di pusat kuarantin ini mempunyai gejala covid19?? Dan boleh kah saya berjumpa dengan keluarga saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ketika ini semua orang menghadapi risiko untuk jangkitan COVID-19. Oleh itu, amat digalakkan untu anda mengamalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Selain itu, individu di pusat kuarantin tidak semestinya mempunyai gejala. Bergantung dengan pusat kuarantin yang anda maksudkan, kera terdapat pusat kuarantin untuk individu yang baru balik dari luar negara atau sekiranya di Sarawak, bagi sesiapa yang baru tiba luar dari kawasan Sarawak. Terdapat juga tempat kuarantin yang dikhaskan utuk individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang disahkan positif.
Anda boleh berjumpa dengan keluarga anda tetapi, pastikan kebersihan diri anda terjaga. Mandi dan terus asingkan baju dari luar sebelum anda bergaul dengan ahli keluarga anda. Sekiranya anda bergejala, sila dapatkan pemeriksaan lanjut.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































