
Sulit
3 tahun
Belakang Badan selalu sakit,cepat rasa penat,mudah rasa ngatuk
Doktor saya umur 26 tahun.saya mengalami sakit belakang sejak sekolah rendah lagi.pada awalnya saya jumpa dengan doktor,doktor kata masalah urat saraf mungkin disebabkan insiden motor.doktor bagi ubat kat saya tak silap mecomin kut namanya.kurang sikit rasa sakit bila makan tapi lepas tu ubat dah tak berkesan.sejak dari tu saya dah tak makan ubat tu lagi.belakang saya rasa berat dan sakit.disebabkan belakang saya sakit saya jalan membongkok.saya tak boleh berdiri lama,saya juga mudah merasa penat dan ngantuk walaupun saya tak buat kerja.saya cuba pernah check kat doktor buat xray,ujian darah,takada masalah…bila saya pergi jumpa tukang urut,diaorg kata saya ada masalah angin dalam badan.tapi kenapa sampai sekarang tak elok?adakah sakit belakang saya ni masalah urat atau angin dalam badan banyak ke?
Setiap kali saya datang jumpa doktor,doktor buat perkara yang sama sebelum ni macam xray.bagi kat saya ubat tahan sakit je.saya cuma nak tahu saya sakit apa sebenarnya…

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kesakitan tualang belakang. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Slipped disc/disk tergelincir
- Osteoartritis tulang belakang
- Otot kejang/’muscle spasm’
- Ankylosing spondylitis
- Spondylolisthesis
- Jangkitan kuman
- Sindrom ‘cauda equina’
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sebelum gejala gejala tersebut mengundang komplikasi yang lebih teruk. Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih terperinci mengenai langkah yang perlu dilakukan pada waktu ini.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.