flamingo.cutiepie
6 tahun
Beli barangan online dari cina
Adakah barangan online dari cina berisiko dan berkemungkinan dijangkiti covid-19
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, coronavirus adalah sejenis penyakit saluran pernafasan atas. Justeru, ia tersebar melalui cairan saluran pernafasan seperti batuk dan bersin.Setakat ini masih belum ada bukti mengatakan bahawa virus ini boleh hidup lama di luar badan manusia iaitu lebih daripada 24 jam. Namun anda masih perlu untuk melakukan langkah pencegahan iaitu dengan mengelap permukaan barangan dengan menggunakan tisu yang diletakkan ‘sanitizer’.
Terima kasih sekali lagi dan semoga jawapan ini membantu anda.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































