Sulit
3 tahun
Belum Hamil ( Sudah setahun berkhwin)
Saya wanita berusia 26tahun.Sudah setahun berkhwin namun Masih tidak Hamil. Apabila saya kerap bersama suami , period saya akn lewat seminggu Namun apabila kurg bersama suami , period saya akn datang mengikut waktu normal. Kita ran haid saya normal Dan tidak pernah lewat sebelum ini. Blh doctor jelaskan
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah sukar untuk hamil ini memerlukan maklumat terperinci dari segi anda dan juga pasangan. Hal ini kerana, kesukaran untuk mengandung boleh disebabkan:
- Faktor wanita - seperti Sindrom Polisistik Ovari, tiub fallopian tersumbat, masalah hormon
- Faktor lelaki - seperti sperma kurang, atau tidak aktif, masalah hormon
- Faktor masa: Hubungan intim dilakukan bukan sewaktu pasangan wanita sedang subur atau ovulasi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda dan suami disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.