
Sulit
5 tahun
Bendasing Termasuk Mata
Hi doktor. Sewaktu membersihkan telinga kucing menggunakan cecair dri veterinar,kucing tersebut telah menggeliat menyebabkan ubat termasuj ke dalam mata saya. Adakah situasi ini berbahaya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya anda mengalami gejala mata merah, pedih/sakit mata, mata berair serta sukar membuka mata, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera. Hal ini kerana sekiranya bahan dalam ubat mata untuk kucing tersebut bersifat menghakis pada mata manusia, maka rawatan segera diperlukan. Langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya anda tidak mengalami sebarang gejala ialah dengan menitiskan produk titisan mata bagi membolehkan mata anda dialiri cecair bersih. Elakkan menggunakan air paip atau sebarang air ke atas mata anda.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.