
Sulit
3 tahun
Bengkak beberapa hari selepas suntikan AZ. Adakah saya perlu risau?
Saya sudah mendapatkan suntikan vaksin AZ pada 22 Jun 2021. Tetapi selepas hari keenam, lengan saya masih lagi bengkak dan ianya bengkak yang timbul. Adakah saya perlu risau?

3 tahun
Hai dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kerisauan anda mengenai pembengkakan lengan yang dialami sehingga hari keenam selepas menerima vaksinasi AstraZeneca. Kami akan berusaha membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, kesakitan dan bengkak di tempat suntikan vaksin lazimnya disebabkan oleh kesan sampingan yang ringan dari vaksinasi COVID-19. Kesan sampingan ini biasanya sangat minimum dan hanya berlangsung selama beberapa hari.
Walau bagaimanapun, gejala bengkak lengan yang berterusan atau semakin parah boleh menandakan kesan sampingan yang lebih serius atau masalah kesihatan lain yang memerlukan pemerhatian doktor.
Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk ke klinik / hospital terdekat atau menghubungi JKJAV atau CPRC untuk arahan selanjutnya.
Kenalan CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Hubungan JKJAV:
1800-888-828
Anda juga boleh menghubungi doktor secara langsung atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami harap ini dapat menjawab soalan anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini