
Sulit
4 tahun
Bengkak bertambah besar pada gusi dan pipi walaupun telah mengambil ubat
Saya baru sahaja bertemu doktor gigi semalam, dan telah mendapatkan ubat untuk surutkan bengkak pada pipi dn gusi sebelum boleh dicabut. Namun walaupun sudah memakan ubat seperti diarahkan, malah gusi masih bertambah bengkak daripada hari semalam, saya ingin tahu samada saya perlu lagi menunggu untuk ubat memberikan kesan ataupun berjumpa doktor secepat mungkin. Kerana pada asalnya doktor menjadualkan 5 hari setelah memakan ubat untuk kembali berjumpa. Ubat yang diberi ; ibuprofen200/metronidazole200/amoxycillin250.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit gusi ini mempunyai banyak punca. Antaranya ialah:
- keradangan gusi
- gusi bernanah
- trauma
- abses pada gusi
Memandangkan anda telah mendapatkan rawatan dan telahpun diberi, anda disarankan untuk meneruskannya. Hal ini kerana, ubat tersebut mengandungi antibiotik dan mengambil masa 48 jam untuk berfungsi.
Walaubagaimanapun, jika anda dapati sakit tersebut belebihan, demam, tidak boleh makan atau meneruskan aktiviti, Anda disarankan untuk mengunjungi klinik doktor gigi yang anda telah kunjungi tersebut. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.