nuraqilahtaha
3 tahun
Bengkak di bahagian atas telinga dan bawah leher
Hai. Saya Aqilah berumur 19thun. Atas telinga saya bengkak seperti biji guli dan bawah leher saya pun sama. Rasa sakit dan berdnyut di kedua2 bhgian bengkak tersebut.Lagi sakit bila waktu malam. Sakit tu terasa dari bahagian kiri dan kanan kepala saya sampai ke leher yg bengkak tu.
Hidung saya juga sebelah kanan luka dibahagian dalam dan saya tak tahu punca dan pedih kadang-kadang.
Saya dah pergi ke klinik.mereka bagi saya ubat tahan sakit dan antibiotik. Masih sakit dan tidak baik. Perlu ke saya ke hospital?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Bengkak nod limfa - akibat jangkitan kuman atau penyakit darah putih seperti limfoma
- Kista (cyst) iaitu benjolan kulit yang boleh dijangkiti kuman
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.