
chinyan937
5 tahun
Bengkak di bawa dagu dan leher sebelah kiri
Anak sy berusia 20 thn mengalami bengkak di leher seperti yg sy nyatakan dan telah berjumpa dgn dr pakar di hospital dan sedikit simple telah di ambil, result telah kmi terima dan dr menyatakan perlu mengeluarkan benjolan d bawa dagu bgi memastikan atau utk membuat pemeriksaan terperinci sbb keputusan sebelum ini tdk begitu baik@cantik sbb ada sel2 yg tdk baik tetapi belum dpt di pastikan samaada sel itu bahaya. Soalan sy: 1) Adakah benjolan itu bahaya? 2) Adakah cara lain utk mengetahui bahawa itu kanser selain dripda mengeluarkan isi benjolan itu? Untk pengetahuan dr benjolan itu sdh 4 bulan dan skrg anak sy mengalami bengkak di leher sebelah kiri dan sakit… sebelum ini ia pernah bengkak di sebelah kanan jg tapi telah hilang, adakah tu tanda2 penyakit yg berbahaya? Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Berdasarkan penerangan anda, benjolan itu berkemungkinan besar adalah kelenjar limfa anda. Kelenjar limfa memainkan peranan penting dalam mempertahankan tubuh badan kita daripada jangkitan kuman. Kelenjar limfa biasanya membesar ketika jangkitan berlaku.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Jangkitan virus seperti adenovirus, herpesvirus, coxsackievirus, EBV dan CMV. Biasanya, kelenjar limfa yang membesar itu sakit tetapi tidak menjadi merah atau panas.
- Jangkitan bakteria seperti Streptococcus. Secara umumya, kelenjar limfa dalam keadaan ini sakit, merah dan panas apabila disentuh.
- Radang telinga dan jangkitan kulit di bahagian leher dan kepala.
- Penyakit tibi (kemungkinan penyakit tibi yang merebak ke kelenjar)
- Kanser seperti leukemia dan limfoma. Walaupun penyakit ini tidak berkemungkinan besar menjadi punca gejala yang anda alami, kami masih perlu mempertimbangkan kanser kerana komplikasinya lebih serius.
Mengambil sample adalah satu-satunya cara untuk mengenalpasti punca sel dengan lebih tepat. Benjolan adalan tidak berbahaya sekiranga ia adala jangkitan atau radang, namun memerlukan rawatan terperinci sekiranya dikenalpasti tibi atau kanser.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang merawat anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.