nasrin.nadhira
3 tahun
Bengkak di bawah cuping telinga
Saya berumur 18 tahun perempuan, saya bangun pagi ini tiba tiba saya rasa ada bonjolan kecil di bawah cuping telinga kiri saya. Betul betul di bawah cuping telinga. Rasanya sakit bila disentuh dan bila saya memusingkan kepala kekiri ia akan berasa sakit. Saya harap doctor dapat jelaskan keadaan ini kepada saya dan saya harap ia adalah sesuatu yang tidak serius. Terima kasih doctor.
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Berkenaan dengan benjolan kecil di telinga anda, terdapat beberapa kemungkinan. Antaranya:
- Benjolan ketumbuhan lemak
- Skin tag (lebihan kulit)
- Jangkitan yang menyebabkan nanah
- Jerawat
Kesakitan boleh timbul dari benjolan-benjolan ini terutamanya jika ia terkena mana-mana saraf di kawasan tersebut. Untuk mengetahui apakah benjolan ini dan punca serta rawatannya, anda perlu merujuk masalah ini dengan lebih lanjut agar maklumat lebih mendalam dan pemeriksaan boleh dijalankan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.