
Sulit
3 tahun
Bengkak di belakang telinga
Saya perempuan, 17 tahun. Saya dapat tahu yang ada benjolan yang keras di belakang telinga saya dan makin lama makin sakit die rasa berdenyut sehingga menyebab rasa sakit kepala tapi yang tidak teruk. Saya juga mendapati terdapat ade lagi dua bengkak di bahagian berdekatan. Adakah ini jangkitan mastoiditis

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Infeksi telinga
- Mastoiditis
- Abses di telinga
- Otitis media
- Limfadenopati
- Lipoma
- Sebacean cyst
- Kanser
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.