
Sulit
3 tahun
Bengkak di ketiak selepas mendapat dos ke 2 vaksin
Hi doctor,saya lelaki berumur 14 tahun dan baru lepas mengambil dos ke 2 vaksin pada 2 hari lepas,selepas saya mengambil vaksin saya mendapat kesan sampingan ringan,seperti demam,pening dan sakit pada tempat suntikan,namun saya juga mendapati bahawa terdapat bengkak di bawah area ketiak.pertanyaan saya,adakah ia nya normal dan berapa hari waktu yg diperlukan untuk untuk bengkak tersebut baik semula.Terima Kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda baru sahaja menerima suntikan vaksin COVID-19 dan kini mengalami bengkak pada ketiak. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, vaksin Covid-19 adalah selamat, berkesan dan stabil. Gejala meningkat selera makan adalah bukan kesan sampingan vaksin.
Kesan sampingan vaksin yang sering berlaku adalah:
- sakit di tampat suntikan
- penat, sakit kepala
- sakit otot
- menggigil
- sakit sendi
- demam
- bengkak pada tempat suntikan
- kemerahan
- loya
- bengkak kelenjar limfa (ketiak)
Kesan sampingan ini selalunya hilang dalam masa 4-14 hari bergantung pada individu. Untuk maklumat lanjut, saya sarankan anda untuk berbincang dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC)
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini