
Sulit
4 tahun
Bengkak di lelangit, kawasan benjolan di bahagian belakang antara dua gigi depan
Hi doc, 2-3 hari ni saya ada mcm ketulan kecil dkt lelangit, adakah ia merupakan salah satu jenis ulser? Sbb rasa sakit sikit setiap kali lidah saya terkena dkt kawan lelangit ni. Dan blh saya tahu, ketulan yg ada dkt lelangit ni boleh hilang secara sendiri atau perlu mendapatkan rujukan segera dri mana2 pusat kesihatan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Ulser
- Mucocele
- Jangkitan gusi
- Radang tonsil
- Radang tekak
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Sukar untuk kami katakan sama ada ia boleh sembuh dengan sendiri ataupun tidak memandangkan maklumat lanjut mengenai masalah yang dialami perlu diketahui dengan lebih mendalam. Selain daripada itu, pemeriksaan dan siasatan lanjut perlu dilakukan untuk mengetahui mengapakah anda mengalami gejala sedemikian.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.