
mdshahbjs
4 tahun
Bengkak di perut. Sebelah bawah perut
Perut kanan sakit di sentuh… terasa ada bengkak di kanan perut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, bengkak di perut bahagian kanan boleh disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- hernia
- radang folikel/ bisul (folliculitis)
- Lipoma
- radang kelenjar limfa
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk kesimpulan yang sempurna. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.