
Sulit
3 tahun
Bengkak dibahagian muka
Sy mengalami sakit kepala selama seminggu dan telah mendapatkan rawatan tp masih lagi sakit …bahagian mata sebelah kiri menjadi bengkak Dan tertutup tidak bole dibuka…pandangan menajdi kabur. Bole doktor bagitau kenapa bole jadi begitu.

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Alahan
- Mata yang penat
- Jangkitan kuman pada mata
- Penggunaan contact lens yang berpanjangan
- Keradangan uvea
- Glaucoma
Setiap penyakit di atas memerlukan pemeriksaan lanjut di klinik. Situasi dimana anda sakit mata dan pening di bawah pancaran matahari dikenali sebagai photophobia . Fobia ini mungkin disebabkan oleh perkara berikut:
- keradangan konjunktivitis
- ulser pada kornea mata
- uveitis
- katarak
- meningitis
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.