
Sulit
3 tahun
Bengkak diketiak selepas vaksinasi kali kedua
Suntikan pada tangan kiri.
Saya baru selesai mengambil dos kedua vaksinasi pada 12 Aug 2021. Pada hari kedua 13 Aug 2021 saya ada mengalami pening dan demam biasa.Saya juga telah mengambil ubat panadol actifast sebanyak 2 biji sahaja dan tidur.Pada 14 Aug 2021 waktu pagi,saya berasa ketidakselesaan pada bahagian ketiak kiri.Selepas melakukan pemeriksaan(dengan mengangkat tangan),saya mendapati bahagian tengah ketiak saya bengkak.
Berapa hari diperlukan untuk bengkak ini sembuh?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami ingin mengucapkan tahniah atas vaksinasi anda.
Mengikut penerangan anda, simptom-simptom yang dialami oleh anda adalah konsisten dengan kesan sampingan vaksin. Vaksin tersebut akan mengambil masa beberapa minggu untuk memberi imuniti terhadap penyakit covid. Oleh itu, ia boleh menyebabkan gejala yang anda alami.
Selepas menerima vaksin COVID-19, anda harus melaporkan diri kepada doktor jika anda mengalami kesan sampingan vaksin seperti:
- Sukar untuk bernafas
- Jantung berdegup laju
- Bahagian suntikan menjadi bengkak
- Bengkak pada muka, bibir atau tekak
- Pembentukan ruam di seluruh badan
- Rasa pening
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini