
ummul0202
5 tahun
Bengkak dirahang dan telinga berdesing
Saya perasan yg rahang sentiasa sakit dan rasa tak selesa.Dia mcm bengkak tapi bila pergi jumpa doktor,doktor ckp kelenjar.Tapi bengkanya hanya sebelah.Sakit rahang ni selalu buat telinga saya rasa berdesing.Dia boleh memudaratkan saya ke doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kelenjar bengkak adalah:
- sering disebabkan oleh jangkitan kuman dan menyebabkan selesema, radang tonsil dan jangkitan telinga atau tekak
- jarang ia disebabkan oleh apa-apa yang lebih serius, seperti kanser sistem darah (leukemia) atau sistem limfa (limfoma)
- Jika anda berjumpa dengan doktor, mereka akan mencadangkan rawatan bergantung kepada punca, jika ada mempunyai masalah bakteria, doktor mungkin akan beri antibiotik.
Terdapat beberapa sebab kelenjar bengkak disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria seperti:
- Selesema
- Radang tonsil
- Penyakit Tuberkulosis atau batuk kering
- Gusi bernanah
Kelenjar pada bahagian berkenaan selalunya akan merasa sakit. Anda juga mungkin mempunyai gejala tambahan, seperti sakit tekak, batuk, sakit telinga atau demam.
Jangkitan ini biasanya akan sembuh tanpa memerlukan rawatan, dan kelenjar yang bengkak akan surut dengan segera. Anda perlu banyak minum air, dapatkan rehat secukupnya dan melegakan simptom di rumah dengan menggunakan ubat-ubatan seperti Paracetamol atau Ibuprofen. Anda harus berjumpa dengan doktor jika gejala anda tidak bertambah baik dalam masa beberapa minggu.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih