Sulit
2 tahun
Bengkak gusi , bolehkah ambil vaksin?
saya wanita berumur 19 tahun , esk saya akan mengambil vaksin AZ second dose tetapi gusi saya bengkak . jadi bolehkah saya mengambil vaksin pada esok hari atau tidak ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Kami memahami anda ingin mengetahui jika anda boleh teruskan dengan pengambilan vaksin AstraZeneca memandangkan anda mengalami masalah gusi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, pada waktu ini, hanya mereka yang mempunyai sejarah alahan teruk terhadap ubat-ubatan dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan akut sahaja disarankan untuk tidak mengambil vaksin Covid-19 bagi mengelakkan kesan sampingan yang teruk. Masalah gusi yang anda alami tidak menjadi kontraindikasi untuk mengambil vaksin tersebut. Oleh itu, anda boleh mendapatkan vaksin seperti yang ditetapkan tanpa risau. Kami menasihatkan anda untuk memaklumkan kepada pegawai kesihatan di pusat pemberian vaksin mengenai sejarah perubatan anda sebelum mengambil vaksin. Jika anda memerlukan nasihat lanjut, anda boleh menghubungi talian JKJAV di 1800-888-828 ataupun dapatkan konsultasi atas talian bersama doktor kami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini