
Sulit
3 tahun
Bengkak gusi bolehkah cucuk vaksin?
saya perempuan berumur 19 tahun , esok saya akan mengambil vaksin AZ second dose , tetapi gusi saya bengkak . bolehkah saya menerus mengambil vaksin pada esk hari atau tidak boleh ?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang kekeliruan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda berasa khuatir untuk mengambil suntikan vaksinasi covid-19. Disini saya akan cuba menerangkan tentang perihal vaksin.
Sebagai pengetahuan, sehingga kini, hanya beberapa golongan yang masih belum boleh atau berisiko tinggi akan merbahayakan kesihatan sekiranya mereka mengambil vaksin untuk jangkitan covid-19. Antara golongan yang dimaksudkan adalah:
- Mempunyai sejarah alergi teruk terhadap ubat-ubatan
- Pesakit positif covid-19
- Pesakit yang menghidapi penyakit tertentu
Masalah gusi bengkak yang anda alami tidak menjadi halangan untuk mendapatkan vaksin. Namun, sekiranya anda masih was-was dengan penerangan diatas, anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini