
noorazeemah2303
5 tahun
Bengkak Gusi dan bengkak bibir
saya ibu yang menyusu kan bayi. dalam masa yang sama saya bengkak gusi. adakah ubat ‘papain (beazyme) selamat untuk ibu menyusu? terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- alergi
- jangkitan kuman
- nanah/abses
- kesan sampingan ubat-ubatan
Merujuk kepada ubat bezayme, ia adalah merupakan ubat anti radang yang mana bermaksud ia akan menurunkan bengkak namun tidak menangani masalah sebenar terutamanya jika terjadi jangkitan.
Memandangkan ini adalah masalah gigi, anda dinasihatkan untuk merujuk ke doktor gigi agar langsung dapat ditangani. Untuk berbincang dengan doktor umum, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.