Sulit
3 tahun
Bengkak kalenjar dileher kanan semakin besar dan keras
Saya wanita berumur 43 tahun, Mengalami bengkak kalenjar di leher hampir seminggu lebih. semakin hari tidak menunjukkan ia akan susut bengkak. Ianya menyakitkan dan telinga berdenyut. Apakah masalah kesihatan saya doktor.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bengkak pada bahagian kiri leher boleh disebabkan:
- Radang kalenjar parotid - kerana jangkitan/batu karang/auto-imun
- Mastoiditis - radang mastoid
- Radang sendi rahang - Temporo-Mandibular joint syndrome
- Abses/nanah
- Bengkak kalenjar leher
- Limfoma
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.