
Anonymous
6 tahun
Bengkak kelenjar di leher kanan
Saya seorang wanita berumur 29 tahun dan mempunyai seorang anak. Pada lebih kurang 15 April 2019 yang lalu saya telah diserang demam panas secara tiba-tiba dan setelah mendapat rawatan doktor menyatakan bahawa saya mempunyai tonsilitis. Tonsil di sebelah kanan saya telah bernanah dan bengkak.
kemudian pada lebih kurang 30 april 2019 sekali lagi tonsil saya membengkak (tanpa demam) dan disertai benjolan di leher kanan. Doktor klinik memaklumkan bengkak di leher adalah berpunca daripada tonsil tersebut dan akan hilang. tetapi bengkak tersebut masih ada sehingga sekarang. Telinga kanan saya juga turut berdenyut-denyut dan sakit apabila menelan makanan. selain itu bahagian kanan kepala saya juga sering berdenyut sakit di ‘spot’ yang sama.
apakah gejala yang sedang saya alami dan adakah saya perlu ke klinik untuk rawatan lanjut?
Terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Hai, terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Terdapat beberapa punca berlakunya bengkak kelenjar (lymphadenopathy) yang boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan utama itu disebabkan oleh jangkitan, keradangan atau ketumbuhan . Secara umumnya, kelenjar bengkak biasanya adalah respon tubuh badan untuk melawan sesuatu jangkitan. Kebiasaannya, ia akan baik pulih dengan sendiri dalam 2-3 minggu.
Kelenjar dalam artikel merujuk kepada kelenjar limfa atau noda limfa. Ia adalah sebahagian daripada sistem limfa yang berfungsi untuk melawan jangkitan. Noda limfa akan menapis kekotoran dari limfa, iaitu sejenis cecair badan. Anda boleh mendapatkan kelenjar bengkak di bahagian tubuh yang berlainan, tetapi anda mungkin merasakannya pada leher, di ketiak atau di pangkal paha.
Tiada rawatan khusus bagi bengkak kelenjar. Rawatan diberi berdasarkan penyebabnya dan tiada petua alami yang dibukti berkesan menangani masalah ini.
Kelenjar bengkak yang disebabkan oleh virus tidak memerlukan rawatan. Kelenjar akhirnya menyusut. Ini boleh mengambil masa beberapa minggu atau lebih lama.
Sekiranya anda mempunyai jangkitan bakteria, doktor anda mungkin memberi anda antibiotik.
Sekiranya kelenjar bengkak anda disebabkan oleh kanser, doktor anda boleh merujuk anda kepada pakar yang sesuai untuk rawatan.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.