
Sulit
3 tahun
Bengkak pada sendi jari kramp pada jari dan urat,lemah lesu,sakit badan,kerap haus dan kerap kencing
hello doktor,sy berumur 39 tahun,sejak.2 bulan lepas saya mula berasa sakit dan bengkak.pada sendi jari,kram pada urat jari dan tangan.Kemudian saya mula selalu kerap kencing dan amat kerap haus…badan rasa lesu,sakit2 pada badan terutama sendi…dan sekarang saya rasa amat kenyang sampai.nk.muntah walaupun baru makan sekali sahaja…fyi kencing saya walau kerap tapi banyak…harap doktor blh jelaskan…trm ksh

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan yang diberikan, anda mempunyai masalah sakit dan bengkak pada sendi jari dan mempunyai masalah kerap kencing. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu
Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami boleh berlaku akibat beberapa perkara seperti:
- Arthritis
- Kecederaan pada sendi
- Tendinitis
- Terlebih guna sendi
Terdapat juga penyakit serius yang memerlukan pemerhatian lanjut daripada doktor seperti:
- Gout
- Jangkitan pada sendi
- Osteoporosis
- Fibromyalgia
- Kanser
Untuk makluman anda, gejala kerap kencing yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan saluran kencing
- Jangkitan penyakit kelamin
- Pundi kencing terlalu aktif ( Overactive Bladder )
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
Namun gejala ini juga boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut oleh doktor seperti:
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Kencing manis
- Radang pundi kencing
Oleh itu anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian supaya kami dapat memberikan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk berhubung dengan doktor