
Sulit
3 tahun
Bengkak selepas terima vaksin astrazeneca
pada 6ogos lalu , saya telah terima vaksin astrazeneca . mmg dapat kesan ringan seperti sakit kpala demam dan macam macam lah . Pada pagi esoknya kakak saya tidak sengaja terpukul dibahagian tempat saya kena cucuk tersebut . tgh hri saya rasa agak sakit dan berat pada tempat cucuk tersebut dan nampak bengkak . adakah saya perlu ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda mengalami tersebut adalah kesan sampingan biasa untuk vaksin Covid. Kesan sampingan umum vaksin Covid termasuk:
- Sakit, bengkak di tempat suntikan
- Demam
- Menggigil (rasa sejuk)
- Sakit otot atau sendi
- Sakit kepala
- Kelesuan
- Batuk dan sakit tekak
- Loya dan muntah
Bengkak anda terjadi sebab tempat suntikan memang lebih rapuh dan berupaya dicederai jika terpukul di bahagian tersebut. Gejala-gejala ini akan menyembuh secara sendiri dalam jangka masa sekurangnya 1 minggu dan tidak menyebabkan sebarang komplikasi.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini