
Sulit
4 tahun
Bengkak tonsil (tidak boleh menelan makanan dan minuman
Emak Saya sedang mengalami bengkak Tonsil. Ianya sudah lebih dari 2 Hari. Saya sebagai anaknya mestilah risau akan keadaan mak Saya. Mak Saya tidak boleh menelan apa apa makanan bahkan minuman. Apakah yang perlu Saya lakukan/mak Saya lakukan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang ibu anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, perkara ini perlu diambil perhatian kerana ia boleh menyebabkan ibu anda kekurangan tenaga kerana tidak dapat menelan makanan dan seterusnya boleh mengganggu saluran pernafasan disebabkan tonsil yang bengkak dapat menyumbat saluran udara, lebih-lebih lagi pada waktu tidur.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Kami sarankan anda membawa beliau berjumpa doktor dengan segera kerana kami khuatir beliau boleh mendapat komplikasi berikut sekiranya perkara ini tidak dibendung dengan cepat:
- Dehidrasi
- Gangguan pernafasan
- Radang tonsil akan merebak dan memburukkan lagi keadaan
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami yang bertauliah. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.