Nurranieys99
4 tahun
Bengkak tulang hidung
Saya prempuan berumur 20 tahun. Di bahagian bawah hidung, antara hidung dan mulut terdapat benjolan sehingga terasa sakit pada gigi bahagian hadapan dan juga lelangit. Mengganggu tidur malam .
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jerawat
Foliculitis
Abses (Jangkitan kuman di luka)
Terdapatlah banyak saluran saraf di kawasan muka. Sekiranya benjolan tersebut menekan di atas saraf, ianya akan menyebabkan kesakitan di bahagian lain juga.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.