
annz_life
5 tahun
Benjol/biji kecil belakang telinga
Umur anak sy sekarang 3 tahun. 3hari kebelakangan ini anak sy selalu demam malam. Suhu badan lebih meningkat sekitar jam 12 mlm ke atas. Untuk makluman terdapat benjolan kecil di belakang telinga kiri anak. Sejak kecil bermula umur 2 bulan anak memang kerap demam setiap bulan. Bila umur 2 anak dah tidak kerap demam. Adakah normal doktor benjolan tersebut. Sebab anak-anak sy yg lain sekiranya demam tiada benjolan
Sekian terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi anak puan. Untuk makluman pihak anda masalah demam dan benjol belakang telinga ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- mastoiditis (jangkitan kuman pada tulang belakang telinga)
- noda limfa membesar kerana sebab lain
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.