
Sulit
4 tahun
Benjol di kepala dan hujung mata lebam
4 hari lepas anak saya berumur 2 tahun 6 bulan terjatuh dari meja belajar. Tiada muntah atau yg serius hanya benjolan di dahi kanan dan telah saya tuam dengan kiub ais dan benjolan kian mengecil. Dua hari selepas itu hujung mata(berhampiran hidung) dia terdapat lebam, kedua2 belah mata. Adakah itu normal atau perlu saya membawanya berjumpa doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anak anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait dengan kepala atau pakar kanak-kanak.
Lazimnya kondisi anak anda boleh dikaitkan dengan
- benjolan lama akibat trauma kepala
- gangguan perdarahan
- gangguan saluran darah
Untuk makluman pihak anda, anda harus membawa anak anda ke klinik untuk pemeriksaan lanjut mengenai kesan lebam pada hujung mata. Ini mungkin perkara yang serius sekiranya pendarahan dalam biji mata turut berlaku.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.