
Sulit
3 tahun
Benjolan dalam leher
Saya ada benjolan dalam leher sejak 3 bulan lalu. Pernah berjumpa dengan doktor dan doktor hanya bagi ubat bengkak dan mengatakan hanya ada kuman sahaja dalam leher. Tetapi sehingga kini belum surut benjolan itu. Tidak sakit dan pegun. Adakah ini ada kaitan dengan kanser?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, benjolan di leher dapat disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Tonsilitis
- Lymphadenitis
- Lymphoma
- Nasopharing carcinoma
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.