Anonymous
6 tahun
Benjolan Di area puting susu
Anak saya berumur 21 Tahun ( LELAKI ). badan nyaa kena gatal2… Dan bahagian puting susu ada benjolan…
Dia pergi jumpa doktor… doktor bagi ubat antibiotic dan suntikkan… kata doktor… benjolan Di area puting susu itu kerana efek alergic…
Gatal2 nyaa suda Baik… tapi benjolan Di area puting susu bertambah besar dan agak kemerahan hingga puting susu termasuk ke dalam…
Ada yg kata bisul… tp langsung tiada mata… apa nasihat doktor?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah benjolan pada payudara atau puting boleh disebabkan oleh beberapa kondisi seperti :
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Tidak semua benjolan payudara disebabkan oleh kanser payudara, namun perlu diwaspadai bila benjolan payudara disertai gejala berikut:
Walaupun masalah yang berkaitan dengan payudara sering dikaitkan dengan golongan wanita terdapat peluang untuk golongan lelaki untuk mengalaminya. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
































