
Sulit
5 tahun
Benjolan di belakang kepala
Saya wanita berumur 23 tahun. Akhir2 ini saya sering berasa sakit di bahagian belakang kepala sebelah kanan. Terasa seperti ada denyutan dan tegang. Belakang kepala sebelah kanan dan kiri ada sedikit perbezaan. Sebelah kann terasa seperti ada benjolan. Di bahagian benjolan itulah yang terasa sakit. Makin sakit jika saya baring kerana ia seperti menekan bahagian tersebut. Untk pengetahuan doc, saya penghidap migrain sejak umur 19 tahun lagi. Apakah yang saya patut lakukan?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit kepala boleh disebabkan oleh:
Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Migrain
Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.