Sulit
4 tahun
Benjolan di payudara kanan sehari sebelum period
Saya berusia 22 tahun. Sehari sebelum period, saya perasan ada benjolan di payudara sebelah kanan saya tetapi tidak sakit. Namun menimbulkan kerisauan pada diri saya. Period saya juga agak lambat bulan ni. Adakah benjolan ini akan hilang selepas habis period? Saya cuba memberitahu ibu saya, tapi ibu saya kata mungkin kelenjar tu akan hilang selepas period.
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan sekarang !
Umumnya gangguan yang di alami boleh berpunca dari:
- alahan atau kulit yang tidak sesuai dengan bahan pakaian dalam (di sarankan memakai produk dari bahan cotton)
- fibroadenoma
- gangguan kelenjar
- gangguan saluran limfa
- gangguan onkologi yang lain
Justeru anda disarankan untuk belajar teknik pemeriksaan sendiri payudara atau PSP bagi menilai sendiri benjolan benjolan tersebut sebelum ke klinik. Namun kami tetap menyarankan anda untuk berjumpa doktor dalam waktu yang terdekat. Kerana, untuk mengetahui punca masalah sebenar pemeriksaan lanjut perlu dilaksanakan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).

































