
Sulit
3 tahun
Benjolan di payudara selepas divaksin
Saya telah menerima suntikan vaksin Sinovac dos pertama(lengan kiri).Saya tidak mengalami kesan sampingan yang ketara,hanya kebas disekitar tempat yang disuntik.Namun baru-baru ini(selepas satu minggu), saya mengesan benjolan disekitar payudara kanan yang tidak menyakitkan.Untuk makluman saya sering melakukan pemeriksaan sendiri.Ini kali pertama saya mengalami benjolan dipayudara.Adakah kemungkinan ianya kesan selepas divaksin?

3 tahun
Salam sejatera.
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, kemunculan benjolan disekitar payuydara akibat suntikan vaksin Sinovac adalah amat dikhuatiri, tetapi terdapat beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan sebagai punca masalah anda, iaitu :
- Fibroadenoma
- Fibrocyctic breast disease
- Trauma di payudara
- Breast abscess
Namun begitu, jikalau kebenjolan diiringi perubahan di kulit atau puting payudara, kebenjolan di bawah ketiak ataupun keluaran cecair di puting payudara, ia boleh disebabkan oleh kanser payudara. Bagi mendapatkan diagnosis yang tepat, kami memerlukan maklumat yang lanjut serta pemeriksaan fizikal. Oleh itu, anda perlu merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca kebenjolan di payudara.
Anda boleh menghubungi doktor atas talian kami untuk konsultasi peribadi.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini