
Sulit
5 tahun
Benjolan dibawah kelopak mata
Doktor, saya wanita berusia 20 tahun. Saya mau tanya daripada petang tadi kekopak bawah mata sebelah kanan saya sakit lepas itu tadi bila mau ambil wuduk untuk solat asar saya perasan ada benjolan kecil dibawah mata secara tiba-tiba dan memang sakit. Ni sakit apa ya doktor sebab tiba-tiba muncul tanpa apa-apa simptom. Yang ni penyakit yang bahaya ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, benjolan dibahagian kelopak mata boleh timbul disebabkan pelbagai hal, seperti:
- Hordeolum keradangan kelenjar peluh bulu mata
- Chalazion sumbatan kelenjar air mata
- Blepharitis keradangan kelopak mata
- Dacryoadenitis iaitu keradangan kelenjar air mata
Memandangkan gejala ini telah berlaku sejak beberapa hari sehingga menimbulkan keluhan sakit, adalah dikhuatiri sekiranya dibiarkan keadaan akan memburuk. Bagi merawat, diperlukan maklumat lanjut dan pemeriksaan lanjut.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.