
Sulit
4 tahun
Benjolan gusi mcm kutil
Salam sejahtera dok. Gusi saya benjol mcm kutil pada ruang gigi yg sudah pn rosak. Benjolan tu dh tekeluar sikit dari gigi. Ade cara tak nk surutkan benjolan tu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Memandangkan masalah ini sudah berlanjutan, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor gigi bagi mendapatkan rawatan. Seperti yang sudah dimaklumkan sebelum ini, rawatan adalah berdasarkan punca masalah tersebut.
Rawatan dirumah adalah:
- berkumur dengan air garam bagi mengurangkan keradangan gigi anda.
- menggosok gigi dengan ubat gigi antibakteria
- menggunakan pembasuh mulut antibakteria.
Walaubagaimanapun, rawatan ini hanya akan mengurangkan masalah anda. Ia tidak menyembuhkan masalah anda. Maka, memandangkan anda telah mengalami masalah ini untuk tempoh yang berpanjangan, anda disarankan untuk berjumpa doktor gigi.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.