
Sulit
4 tahun
Benjolan kecil di bahagian belakang kepala
Saya Azam umur 16 tahun. Lelaki. Saya nak tanya.
Saya ada benjolan kecil di bahagian belakang kepala.
Kalau saya tekan benjolan tu, takde rasa sakit.
Dan kdg2, saya mengalami sakit/pening kepala. Benjolan tu bila saya tekan, dia akan jadi kecik. Lepastu, dia jadi besar balik. Boleh jelaskan tak??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Secara amnya,ketulan di belakang kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya :
- Trauma pada bahagian belakang kepala
- Follikulitis (Infeksi pada folikel rambut)
- Lipoma (benjolan berlemak yang paling kerap terjadi di antara kulit dan lapisan otot)
- Seborrheic keratosis (Ketumbuhan kulit yang terjadi dari sel-sel lapisan kulit)
Kebanyakan benjolan di belakang kepala tidak berbahaya. Namun perlu diingat, benjolan di belakang kepala memerlukan pemeriksaan dan rawatan segera jika diiringi dengan :
- Muntah
- Demam
- Sakit kepala
- Gangguan Koordinasi tubuh
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.