
Sulit
4 tahun
Benjolan kecil di lidah
Hi docs, ank perempuan sy berusia 5thn mempunyai 5-6 biji benjolan kecil berwarna pink putih di hujung lidah berdekatan anak tekak. Dia tidak demam atau kurang selera makan. Adakah ini merbahaya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang benjolan kecil di lidah.
Untuk makluman anda, kondisi sebegini boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kuman pada lidah
- Trauma pada lidah
- Jangkitan virus pada oral mukosa
Saya tidak dapat pastikan kondisi sebenar yang anda alami. Pemeriksaan fizikal di klinik atau hospital perlu dilakukan terlebih dahulu untuk mengetahui hal sebenar. Oleh itu, sekiranya anda ragu, sila berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.