waninur478
2 tahun
Benjolan pada bawah collar bone
saya wanita berusia 20 tahun. saya ada benjolan pada bawah collar bone pada dada kiri, benjolan tu keras tapi tak sakit bila pegang. dan pada waktu malam saya sering sesak nafas tapi berlaku macam 2-3 hari dalam sebulan. kadang kadang tu makan rasa mcm kena tekan bila first bite tu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- pembesaran kelenjar limfe
- pembesaran kelenjar tiroid
- Non cancerous tumor
- kesan sampingan ubat - ubatan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.