Sulit
6 tahun
Benjolan pada payudara
Hi doc, saya Puan Mimie. Saya mempunyai 2 org cahaya mata berusia 3 tahun dan setahun. Saya mempunyai masalah bengkak dan sakit di bahagian kanan payudara. Anak saya berusia setahun masih menyusu. Saya ada membaca mengenai simptom2 kanser payudara, benjolan pada payudara adalah salah satu sebab awal kanser. Tetapi bahagian bawah ketiak seperti biasa, tidak sakit dan bengkak… puting susu juga tidak sakit. Adakah ini hanya bengkak susu @ tanda2 kanser. Mohon penjelasan doktor. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, benjolan payudara boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































