anidamustafa08
4 tahun
Benjolan pada puting payudara
Anak perempuan sya umur 9 tahun mrngadu sakit pda bhgian puting payudara…bila d pegang ada ketulsn sebesar duit syiling 20 sen.apa penyakit tu?tq
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, benjolan di kawasan puting payudara anak perempuan anda yang berumur 9 tahun mungkin merupakan petanda mencapai tahap baligh/puberti.
Hal ini adalah biasa dan anda perlu menasihati anak anda supaya tidak mengurut atau menebuknya. Sekiranya mendapati kulit kawasan tersebut bermerah, bernanah atau anak anda mula demam, sila merujuk masalah ini kepada doktor secepat mungkin.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anak anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.