
Sulit
5 tahun
Benjolan sakit dibahagian punggung
saya wanita berumur 18 tahun . saya mempunyai masalah kesihatan iaitu mempunyai benjolan yang kecik yang keras dibahagian hujung punggung ( kedua kedua punggung dibahagian hujung bukan dilubang punggung ) saya sudah mengalamimya selama 5 hari termasuk harini . ia menyebabkan saya sukar untuk duduk kerana akan berasa sakit dan berdenyut denyut . pada awalnya saya memikirkan sekadar jerawat batu yang biasa tetapi lama kelamaan saya berasa sakit . adakah ini serious atau hanyarlah sekadar masalah biasa ? pada pendapat doctor , apa yang perlu saya lakukan supaya tidak berlaku apa apa ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, benjolan tersebut boleh terdiri atas:
- Jerawat
- Abses pilonidal
- Soft tissue tumor
- Pengumpulan lemak
- Cyst
Memandangkan terdapat banyak masalah kulit yang boleh menimbulkan gejala berikut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.