Sulit
3 tahun
Benjolon di payudara kiri
Saya wanita berumur 25 tahun,saya baru sahaja mengalami benjolan di bahagian bawah payudara belah kiri, rasa sakit apabila ditekan dan kemerahan. Adakah itu tanda awal kanser?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan sekarang !
Umumnya gangguan yang di alami boleh berpunca dari:
- peluh yang berlebihan disertai dengan jangkitan kuman (pastikan payudara sentiasa bersih & tidak terlalu lembab atau terlalu kering)
- trauma atau geseran kulit dari ukuran pakaian dalam yang tidak sesuai (terlalu kecil)
- alahan atau kulit yang tidak sesuai dengan bahan pakaian dalam (di sarankan memakai produk dari bahan cotton)
Namun selain itu, ia juga boleh menandakan kondisi yang lebih serius seperti:
- kanser payudara
- fibroadenoma
- gangguan kelenjar
- gangguan saluran limfa
Justeru anda disarankan untuk belajar teknik pemeriksaan sendiri payudara atau PSP bagi menilai sendiri benjolan benjolan tersebut sebelum ke klinik. Namun kami tetap menyarankan anda untuk berjumpa doktor dalam waktu yang terdekat. Kerana, untuk mengetahui punca masalah sebenar pemeriksaan lanjut perlu dilaksanakan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).