Sulit
3 tahun
Berak berdarah dan sakit belakang
Saya lelaki berumur 20 tahun apabila berak dan tahi mempunyai tompokan merah ade kah ia darah
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut serta najis berdarah yang anda alami dalam tempoh setahun ini boleh disebabkan:
- Penyakit Radang Usus
- Sembelit dan buasir
- Masalah pembekuan darah
- Polip/adenoma (ketumbuhan benign) dalam usus besar
- Ketumbuhan (kanser) usus
Sekiranya anda mengalami gejala tambahan seperti demam, sesak nafas, pucat, turun berat badan secara drastik dan lemah badan anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat.
Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.