
Sulit
5 tahun
Berak berdarah dan sakit di bahagian dubor
Saya mengalami sembelit, kali pertama sy usaha keluarkan najis , darah keluar sedikit tapi sy tak rasa sakit, second time sy risau sebab memang susah nk keluar, sy makan julat sy beli dekat farmasi(brand dulcano) bila sy berak najis sy keluar elok cair warna kekuningan tapi still ada ketul2 bewarna hitam beserta darah, bila selesai, mula2 rasa pedih2, tapi bila sy tahan makin lama pedih tu makin sakit kat lubang dubor saya. Cuma keesokkan hari nye dia dah okey sikit, tapi sy fobia untuk membuang air besar. So benda ni normal or bahaya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda hadapi boleh disebabkan:
- Luka di dubur akibat sembelit
- Buasir
- Kesan ubat seperti aspirin/ibuprofen
- Masalah pembekuan darah
- Masalah auto-imun seperti SLE
- Ketumbuhan dalam usus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda perlu berjumpa dengan doktor anda segera bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut di klinik ataupun hospital. Terima kasih.