Sulit
3 tahun
Berak berdarah dan saya pernah mengalami sejarah buasir. Saya berak berdarah secara berkala tetapi tiada simptom2 lain
Assalamualaikum dan salam sejahtera dr. Saya pelajar berumur 22 tahun. Saya pernah ada sejarah buasir yang terkeluar semasa saya sekolah menengah tetapi alhamdulillah buasir yang terkeluar tidak lagi ada benjolannya. Tetapi baru-baru ini saya mengalami masalah berak berdarah. Tidak selalu mungkin sekali seminggu atau sekali dalam 2 minggu. Saya tidak ada berasa simptom apa-apa yang pelik seperti sakit kepala kepenatan atau sebagainya. Saya hanya berak berdarah sahaja tetapi saya tidak merasa kesakitan ketika darah keluar. Saya agak risau sebab darahnya agak banyak juga. Najis keluar bersama-sama darah. Adakah ini buasir juga atau masalah lain ye dr? Apa patut saya lakukan untuk rawat berak berdarah ini ye dr?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Terdapat beberapa sebab yang boleh menjelaskan keadaan yang anda alami, seperti:
- Buasir ( hemorrhoid )
- Anal fistula (rekahan pada bukaan lubang punggung)
- Tahi yang keras
- Ulser di saluran usus
- Inflammatory bowel diseases ( ulcerative colitis atau penyakit Crohn)
- Kanser usus
Ini hanyalah keterangan kami secara am. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan supaya rawatan dapat diberikan. Ia juga boleh berpunca dari sebab yang tidak disebutkan di atas.
Sila berjumpa dengan doktor segera kerana anda mengalami najis berdarah dan ia memerlukan perhatian segera oleh doktor dan anda kerana kehilangan darah boleh menyebabkan masalah lain pula.
Sila pantau gejala anda dan sila beri perhatian kepada gejala ini dan berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Pucat
- Pitam
- Lemah badan dan lesu
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Sakit perut
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami tentang masalah yang dihadapi. Terima kasih.