
Anonymous
5 tahun
Berak berdarah Dan sembelit
Hai. Sy wanita dlm 20an. Ibu kpd seorang anak berusia 8bulan. Slepas bersalin… Sy dapati setiap kali ke tandas untuk buang air besar. Sy mengalami sembelit yg berpanjangan… Since 8 bulan yg lalu… najis Tidak bercampur dengan darah. Di kawasan dubur sy. Terdapat benjolan macam bengkak di sekitar dubur. Terkadang bila ingin buang air besar… Terasa pedih sakit… Dan bila sy lihat dalam bowl toilet… Ada darah… Dan najis yg keras mnyebabkan sy susah utk mmbuang air besar. Hal ini terjadi (berak berdarah) beberapa kali selepas sy bersalin. Tetapi, sejak bersalin… Sy selalu sembelit. Cuma yang berdarah tu cuma sesekali… Selain itu, sy tidak mengalami cirit birit. Sy risau. Boleh jelaskan apa penyebabnya dan cara merawat. Terima kasih doktor.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya antaranya ialah:
- Luka akibat sembelit
- Buasir – buasir adalah keradangan saluran darah pada dubur dan ia sangat biasa berlaku
- Fisur dubur (anal fissure) – selaluny disebabkan oleh sembelit dan ketegangan
- Ulser peptik – 90% kes disebabkan oleh jangkitan kuman Helicobacter Pylori
- Radang usus
- Kanser kolorektal
- Radang usus
- Irritable bowel syndrome
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!