
Sulit
5 tahun
Berak berdarah dua kali berturut dalam masa sehari
Assalamualaikum doct , saya Ain berusia 24 tahun . aaya ingin bertanya apakah masalah saya . Kali kedua dalam sehari saya berak berdarah selepas itu saya akan mengalami sakit dibahagian luar dubur . Dan ada benjolan diluarnya . pada permulaan berak saya , dia begitu mudah seperti cirit birit yang berdarah kemudian dubur sy menjadi tidak selesa jadi sy membuang air besar kali kedua dengan keadaan yang sakit dan berdarah . Adakah saya patut berjumpa dengan doctor ? Saya fikirkan sakit perut yang saya alami kerana mahu datang bulan tetapi saya silap . Apakah puncanya ? sampai skrg bahagian dubur sy sakit apa bila berjalan mahupun duduk .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, masalah najis berdarah boleh disebabkan oleh:
- Buasir
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
- Rectal ulser
- Masalah pendarahan
- Kanser usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.