
Sulit
4 tahun
Berak berdarah hampir 3 bulan
Saya remaja 20an . Saya ada masalah berak berdarah hampir 3 bulan ini … Setiap kali berak najis saya akan keluar sekali bersama darah … Kekadang darah jatuh bersama ketulan lembik yang saya tidak pasti apa itu … Saya pernah berjumpa dokter pasal hal ini … Dokter memberi pil … Bila saya makan pil tersebut tidak keluar darah … Tetapi sekarang darah itu keluar lagi … Apa punca atau ada ubatan atau rawatan untuk sakit saya ini …
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan, seperti:
- Buasir ( hemorrhoid )
- Anal fistula (rekahan pada bukaan lubang punggung)
- Tahi yang keras
- Ulser di saluran usus
- Inflammatory bowel diseases ( ulcerative colitis atau penyakit Crohn)
- Kanser usus
Ini hanyalah keterangan kami secara am. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan supaya rawatan dapat diberikan. Ia juga boleh berpunca dari sebab yang tidak disebutkan di atas.
Sila berjumpa dengan doktor segera kerana anda mengalami najis berdarah dan ia memerlukan perhatian segera oleh doktor dan anda kerana kehilangan darah boleh menyebabkan masalah lain pula.
Sila pantau gejala anda dan sila beri perhatian kepada gejala ini dan berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Pucat
- Pitam
- Lemah badan dan lesu
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Sakit perut
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami tentang masalah yang dihadapi. Terima kasih.