
Anonymous
5 tahun
Berak berdarah kerana ada kesan koyak pada lubang dubur
Saya wanita berumur 29 tahun dan lepas bersalin ceaser pada tahun lepas bulan March 2018. Sebelum bersalin saya tidak pernah ada masalah buang air besar. Tapi lepas bersalin dalam bulan 10 tahun lepas, najis saya agak keras dan tajam dan membuatkan lubang punggung saya luka dan berdarah. Lepas itu setiap kali buang air besar saya rasa sakit sangat mungkin sebab luka. Saya ada pergi klinik dan doktor bagi ubat lembutkan najis, ubat sapu pada luka dan ubat kecutkan luka. Lepas makan ubat ada perubahan. Saya tidak lagi rasa sakit dan berdarah ketika membuang air. Tapi lepas ubat dah habis, saya xmakan ubat jadi lagi sehingga sekarang baik kejap jadi lagi. Saya rasa agak tertekan dengan masalah yang saya hadapi kerana setiap pagi saya akan membuang dan dah lama sangat terjadi. So, sampai ke hari ni saya beli di farmasi ubat lembutkan berak. Dr, apa punca masalah yang saya hadapi sekarang? Dan apa patut saya lakukan supaya luka tersebut betul-betul baik dan tidak berdarah lagi??
Terima kasih atas bantuan doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya antaranya ialah:
Luka akibat sembelit
Buasir – buasir adalah keradangan saluran darah pada dubur dan ia sangat biasa berlaku
Fisur dubur (anal fissure) – selaluny disebabkan oleh sembelit dan ketegangan
Ulser peptik – 90% kes disebabkan oleh jangkitan kuman Helicobacter Pylori
Radang usus
Kanser kolorektal
Radang usus
Irritable bowel syndrome
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.